Sistem eTesting JPJ Berkuatkuasa Mulai April 2022


Mulai April ini, JPJ akan melaksanakan sistem eTesting di seluruh negeri di Malaysia. Makluman kepada bakal pengambil lesen memandu tahun ini, mulai April 2022 pegawai JPJ tak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu. Namun begitu, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.

Pelancaran ini bersempena dengan Sambutan Hari JPJ ke-76 pada April nanti. Sistem e-Testing masih mengekalkan 6 peringkat ujian sama seperti terdahulu iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya. Arahan dan teguran kesalahan akan dipantau melalui bilik kawalan khas di Institut Memandu tersebut.

Baca juga:

Kelebihan Sistem eTesting JPJ:

Berikut antara kelebihan sistem eTesting:

  1. Mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan.
  2. Meningkatkan integriti.
  3. Meningkatkan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.
  4. Keputusan ujian keluar cepat.
  5. Keputusan boleh dicetak segera.

Info Terkini:

Untuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negeri  di Malaysia akan menggunakan aplikasi e-Testing.

Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun pada awalnya. Oleh itu Malaysia juga mengambil inisiatif berikut untuk memberi kemudahan kepada orang awam yang akan menggunakan perkhidmatan JPJ.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut akan dikongsikan dalam artikel berikutnya.

Penafian – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Sistem eTesting JPJ Berkuatkuasa Mulai April 2022” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia