SIP PRIHATIN 2.0 telah dilancarkan dalam pakej PEMULIH (Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi) khas untuk rakyat Malaysia yang sedang mencari jawatan kosong.
Pekerja sektor tidak formal, graduan dan lepas sekolah boleh mohon Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0) selama tempoh mencari pekerjaan.
Apa Itu SIP Prihatin 2021?
SIP Prihatin ialah bantuan kewangan khas kepada individu yang hilang pekerjaan & masih belum bekerja sepanjang tempoh pandemik.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kerajaan telah meperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan program ini.
Dalam program SIP Prihatin 2.0, ianya adalah Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh 2 bulan khas untuk mereka yang tidak dilindungi di bawah PERKESO & juga individu yang sedang menganggur dan masih aktif mencari pekerjaan.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
SIP Prihatin Permohonan
Untuk membuat permohonan SIP ini, anda terlebih dahulu perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan.
Syarat kelayakan :
- Individu yang hilang pekerjaan & tidak dilindungi di bawah PERKESO (Sistem Insurans Pekerjaan)
- Menganggur
- Berdaftar & aktif mencari pekerjaan melalui MyFutureJobs
- Hadir temuduga sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan
Untuk menerima elaun ini, anda perlu daftar pekerjaan dalam sistem MyFutureJobs.
Permohonan atas talian telahpun dibuka pada 15 Julai 2021.
Baca Juga : KerjayaGig PERKESO Bantuan RM600 Untuk Yang Mencari Kerja
Semakan Kadar Elaun Mencari Pekerjaan
Kadar elaun akan diberi mengikut kategori seperti berikut :
- Hadir temuduga terbuka – 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan = Layak dapat RM300 x 2 bulan
- Kembali kerja dalam tempoh insentif bulan pertama – Ada sekurang-kurangnya 1 temuduga = Layak dapat RM400 secara one-off
Daftar MyFutureJobs
Oleh itu, untuk melayakkan diri anda dapat Elaun SIP ini, sila daftar di portal mencari kerja MyFutureJobs.
Langkah pendaftaran adalah seperti berikut :
- Layari : https://www.myfuturejobs.gov.my
- Tekan ‘Jobseeker Sign in’ atau ‘Register Here’ jika anda pengguna pertama kali.
- Isikan maklumat peribadi anda.
- Log masuk semula & cari kerja berdasarkan bidang kerjaya yang anda inginkan.
- Hadir ke temuduga jika anda berjaya melepasi tapisan kelayakan untuk bekerja.
Nak tutorial pendaftaran secara terperinci, sila baca MyFutureJobs PERKESO untuk cara pendaftaran.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai SIP Prihatin ini, sila hubungi di talian Careline PERKESO :
1300-22-8000
Atau layari https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/ untuk maklumat lanjut.