Bagi anda diluar sana yang sedang mencari kerja dapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB).
Senarai Kandungan
Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO)
Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.
SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.
Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.
Baca Juga: Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450
Bantuan / Insentif Yang Ditawarkan
Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Syarat Kelayakan
- Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
- Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
- Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs
- Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
- Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs
Cara Permohonan
Sila mohon dan seterusnya memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau AppStore bagi pengguna peranti iOS.
Muat Turun Aplikasi PRIHATIN PERKESO
Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US
Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke [email protected]