Sime Darby Motors Bakal Sediakan Stesen Caj EV Di Lebuh Raya


Sime Darby Motors telah mengenal pasti lokasi bagi stesen pengecas kenderaan elektrik EV di setiap 200 hingga 300 kilometer di sepanjang lebuh raya seluruh Semenanjung Malaysia untuk memastikan semua kawasan kepadatan tinggi adalah berdekatan dengan stesen pengecas. Sebahagian daripada usaha ini termasuk memastikan ketersediaan perkhidmatan sokongan yang inovatif dan mudah bagi semua pelanggan, sama ada baru atau lama, yang membeli EV daripada Sime Darby Motors.

Auto Bavaria, kumpulan pengedar BMW beriktiraf yang terbesar dan paling lama beroperasi di Malaysia, menerajui usaha membina infrastruktur pengecasan terbabit. Dengan rangkaian luas kemudahan pengecas pantas arus terus (DC) dan arus ulang alik (AC), sebanyak 33 kemudahan pengecas kini beroperasi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata sebagai peserta industri automatif yang utama di Malaysia, syarikat terus memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.


Sumber:google image

Mereka sedang giat melaksanakan rancangan untuk membina stesen-stesen pengecas EV di jalan raya dan lebuh raya dengan matlamat meningkatkan kadar penggunaan EV dan juga telah berbesar hati menawarkan pengalaman pelanggan unik Sime Darby Motors bagi pemilik EV Sime Darby Motors yang menjanjikan pengalaman pemilikan EV yang terbaik bagi semua jenama Sime Darby Motors,” katanya dalam satu kenyataan. Sime Darby Motors hari ini mengumumkan rangkaian pengecasnya kini boleh ditempah

Untuk menerusi platform aplikasi pengalaman digital GO TO-U untuk kemudahan e-pergerakan yang dipacu oleh anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNBX Sdn Bhd. Aplikasi GO TO-U memudahkan pemilik EV Sime Darby Motors membuat tempahan awal stesen pengecas EV, berhubung dengan perniagaan tempatan yang berdekatan dan menikmati perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan keadaan bateri, penyenggaraan berjadual dan sokongan pelanggan.


Orang awam atau pun pemilik EV bukan Sime Darby Motors juga boleh menggunakan aplikasi GO TO-U untuk menempah stesen pengecas di seluruh rangkaian Sime Darby Motors. Ini dalam usaha Sime Darby Motors untuk terus menambah baik segala perkhidmatan untuk pelanggan, pemilik EV edaran syarikat itu layak menerima pengecualian yuran keahlian selama 10 tahun yang membolehkan mereka menikmati kadar istimewa bernilai RM2,400 menerusi aplikasi GO TO-U di samping kadar istimewa pengecasan DC dan perkhidmatan pengecasan percuma di kemudahan

Pengecasan AC yang telah disediakan sehingga 31 Disember 2022. Pemilik EV bukan Sime Darby Motors pula akan menerima pengecualian yuran keahlian, kadar istimewa pengecasan DC dan pengecasan percuma di kemudahan pengecas AC sehingga 31 Disember 2022.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3