Home » Bantuan » Sila Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sehingga 20 Disember

Sila Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sehingga 20 Disember

Untuk makluman bagi penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank mulai 6 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.

Kemaskini Maklumat Akaun GKP

Pemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.

Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin

Untuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak Semak
  5. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Status Permohonan
  6. Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  7. Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Baca juga: Bantuan RM300 Barangan Dapur

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Sila Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sehingga 20 Disember” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!