Siapakah Yang Bakal Memakai Lilitan Kapten?

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menaikkan kuota kapten skuad kebangsaan kepada empat pemain menjelang kejohanan Piala AFF 2022 bulan depan.

Siapakah Yang Bakal Memakai Lilitan Kapten? 1
FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata dua nama yang akan mengisi kuota berkenaan ialah ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan, dan pemain Terengganu FC, Faisal Halim, selain dua kapten semasa, iaitu Dion Cools dan Safawi Rasid.

“Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala AFF 2022.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Jerman Kesal Bermain Tentang Politik!

Siapakah Yang Bakal Memakai Lilitan Kapten?

“Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya,” kata kenyataan itu.

Siapakah Yang Bakal Memakai Lilitan Kapten? 2

Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan peringkat kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.

Bagi edisi 2020, yang berlangsung di Singapura pada Disember 2021, skuad Harimau Malaya tersingkir seawal peringkat kumpulan, manakala pencapaian terbaik ialah muncul juara edisi 2010.

Dalam pada itu, Faisal Halim berkata beliau terpaksa melupakan percutiannya bersama keluarga tersayang demi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sebagai persiapan menjelang Piala AFF bulan depan.

Ketika ramai pemain utama memilih untuk tidak menyertai kem kebangsaan bagi saingan kali ini, Faisal dengan rela hati memilih untuk menunda waktu bersama keluarganya demi menyahut panggilan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3