Home » Isu Semasa » Siapa Yang Menaikkan Harga Ayam – Pengerusi PPIM

Siapa Yang Menaikkan Harga Ayam – Pengerusi PPIM

Persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan susulan tindakan penternak, pemborong dan peniaga yang dikatakan mula munding jari masing-masing mengenai kenaikan harga ayam.

“Siapa yang menaikkan harga?” Demikianlah bunyi persoalan tersebut. Beliau juga turut mempersoalkan dimana agensi kerajaan yang diberi tugas untuk memantau harga barang dan menghapuskan orang tengah.

Tambah lagi, menurut beliau sehingga kini tiada tindakan proaktif daripada pihak kerajaan yang menampakkan kebersanan walaupun harga ayam mentah di negara ini dikesan melonjak naik sejak Oktober lalu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Perkara ini lebih merunsingkan apabila kenyataan penternak ayam yang mendakwa mereka tidak menaikkan harga ayam dan peruncit pula mendakwa harga ayam meningkat lebih 40 peratus sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeri, beliau menyeru pihak kerajaan memberi satu penyelesaian yang berksan. Katanya lagi, alasan seperti ekonomi dunia tidak menentu atau masalah tawar menawar dan permintaan yang tinggi di pasaran tidak seimbang bukan lagi relevan pada masa ini. Rakyat amat terkesan dengan kenaikan harga barang yang melonjak naik dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Siapa Yang Menaikkan Harga Ayam – Pengerusi PPIM” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!