“Siapa Sadio Mane?” – Eintracht Frankfurt Tidak Gentar!


Bundesliga. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Berdepan Jaguh Jerman, Bayern Munich


Sadio Mane masih belum pun menendang bola dalam Bundesliga tetapi bekas penyerang Liverpool itu sudah berdepan kecaman daripada seteru Bayern Munich menjelang hari pembukaan.

“Siapa Sadio Mane?” - Eintracht Frankfurt Tidak Gentar! 1

Presiden Eintracht Frankfurt, Peter Fischer, berasa teruja apabila juara Liga Europa itu akan membuka tirai kempen berdepan jaguh Jerman, Bayern Munich awal pagi Sabtu ini.

Eintracht yang masih lagi segar ditabalkan juara Mei lalu itu kemudian bakal mengharungi satu lagi perlawanan getir bertemu Real Madrid dalam perebutan Piala Super UEFA, Khamis depan.

Justeru, keyakinan mereka semakin meningkat malah prospek berdepan Bayern sama sekali tidak menggerunkan pasukan yang menamatkan kancah domestik itu di tempat ke-11 musim lalu.

Bayern kehilangan Robert Lewandowski yang menyumbang 50 gol musim lalu dan tidak ramai yang menjangkakan muka baru iaitu Sadio Mane akan menghampiri angka jaringan itu.

“Siapa Sadio Mane?” - Eintracht Frankfurt Tidak Gentar! 2

Biarpun ramai yang menganggap ia satu tindakan yang kurang bijak, Fischer sebaliknya tidak gentar mempersoalkan kemampuan pemain Terbaik Afrika kelahiran Senegal itu.

Fischer, dalam temu bual dengan penyiar RTL dan n-tv, berkata: “Siapa Mane? Sebelum ini ada Robert Lewandowski pun kami sentiasa beraksi dengan baik.”

Lewandowski menjaringkan 15 gol sepanjang 18 perlawanan menentang Eintracht sebelum berpindah ke Barcelona, bulan lalu.

Bahkan, Fischer meramalkan akan ada suasana menarik di stadium apabila Eintracht menjadi tuan rumah kepada juara 10 kali berturut-turut itu.

“Dan sudah tentu kami mempunyai peluang. Jika ia berakhir dengan keputusan seri, saya juga tidak akan menangis.”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3