Kuala Lumpur: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan dia berkawan dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Shuib berkata demikian selepas gambar posting Instagram Shuib menjadi viral menunjukkan pantulan imej seorang wanita dipercayai wanita itu di cermin sebuah restoran mewah.
Menerusi perkongsian itu, Shuib bergambar bersama dua anaknya, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Tulisan Shuib itu menarik perhatian ramai dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat anak itu menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Terdahulu, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib sering dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya. Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua lagi anak iaitu Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.