Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen


Bersedekah kepada orang-orang yang sangat memerlukan antara amalan terpuji yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai. Sedekah yang diberikan ini juga bukan sahaja membantu golongan yang kurang bernasib baik malah pemberi sedekah juga akan menerima manfaat daripadanya juga.

Baru-baru ini viral satu video, pelawak terkenal Shuib mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat memberikan wang kepada seorang kanak-kanak yang sedang menjual kerepek. Lebih menarik perhatian lagi, pelawak itu cuba menghulurkan wang tersebut secara diam-diam tanpa dilihat oleh orang lain.


Menurut video yang telah dikongsikan oleh netizen, kelihatan Shuib yang sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia didatangi oleh kanak-kanak yang menjual kerepek itu. Shuib kemudiannya sedang mengeluarkan duit daripada dompetnya dan mengulurkan kepada kanak-kanak itu secara bersembunyi.

 

Viral video Shuib Sepahtu sedekah senyap-senyap

 

Malah pelawak itu juga dilihat cuba menyembunyikan jumlah wang yang telah di sedekahkan kepada kanak-kanak itu kerana bimbang diketahui mereka yang berada di situ. Dalam masa yang sama, Shuib juga sempat berbual seketika dengan kanak-kanak itu selepas menghulurkan wang tersebut.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Lihat di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji tindakan Shuib yang melakukan kebaikan tanpa perlu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Ada juga netizen yang memberitahu pelawak tersebut sememangnya sangat  terkenal dengan sikap pemurahnya yang rajin memberikan sedekah.

 

Baca juga : Masih Belum ‘Move On’ Shuib Tak Kisah Dikritik Netizen

Penafian – Semua artikel kami share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan yang related dengan “Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.