ShopeePay Tawar Baucar Tambahan Bernilai RM500 Untuk Belia ePemula


Bermula hari ini Belia berumur 18 hingga 20 dan penuntut IPT tidak terkecuali dapat membuat penebusan kredit e-tunai bernilai RM150 inisiatif ePemula mengunakan E-Wallet yang tersenarai. Mana di ShopeePay antara ewallet yang tersenarai ePemula akan menikmati baucar tambahan bernilai RM500

 

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee, berkata baucar Shopee tambahan RM500 akan terdiri daripada baucar ShopeePay RM90, baucar ShopeeFood (RM310), baucar Shopee Mall (RM50) dan Baucar YES untuk SIM dan data sebanyak RM50.


Pakej ini disusun khas untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia untuk pembelian barangan seperti alat pembelajaran atau bekalan rumah dan keperluan penting yang lain, kata beliau

 

Kredit RM150 pula, dapat digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai rakan kongsi peniaga, manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi di kedai dan dalam talian.

 

“Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.


 

Selain ShopeePay golongan belia boleh mendaftar untuk menerima kredit e-tunai dengan tiga lagi penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

 

ePemula adalah langkah terbaik untuk menggalakkan dan memupuk ramai belia Malaysia menerima penggunaan tanpa tunai.

 

“Kami juga percaya bahawa program ini akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan lonjakan jualan untuk peniaga tempatan.


 

“Apabila lebih ramai pengguna Malaysia memasuki ekosistem tanpa tunai, perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan peniaga mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian daripada operasi, sekali gus memastikan mereka tidak ketinggalan.

 

“Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara,”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3