Shila Amzah Dituduh Gatal Nak Berlaki


Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah ada membuat hantarn di Insta Story miliknya dan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik kecaman diterima daripada netizen tentang dirinya.

Dalam siaran  tersebut, seorang individu telah menuduh Shila sebagat wanita yang gatal dan tidak matang seperti wanita yang tidak sabar untuk mencari lelaki sebagai pengganti suaminya.

“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni.. Relaks lah, jangan tunjuk sangat. Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship.. Tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat,” tulis netizen tersebut.

 

 

Dengan tenang Sila membalas kenyataan netizen itu dan sekaligus menidakkan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya itu tanpa membalas dengan kata- kata yang tidak enak didengar.

“Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun. And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri,” tulisnya lagi.

Shila nampaknya lebih hati – hati dalam menulis sesuatu kerana dia sudah belajar daripada kejadian yang pernah berlaku kepadanya sebelum  ini dan mengambil sikap lebih sabar dalam mengahadapi segala cemuhan daripada netizen.

Malah Shila juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang hubungannya dan masih lagi menumpukan perhatian untuk kariernya yang sedang melonjak naik .

Walaupun Shila pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya sudah bersedia menjalinkan hubungan baru tetapi dia tidaklah terburu- buru tetapi mengambil sikap lebih memilih agar keputusannya untuk berumahtangga menjadi memori indah yang bakal dikenang sehingga ke hujung nyawa.

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Shila Amzah Dituduh Gatal Nak Berlaki” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.