Home » Gosip Artis Malaysia » Sheila Rusly Hadiahkan Kereta Mewah Buat Suaminya.

Sheila Rusly Hadiahkan Kereta Mewah Buat Suaminya.

Pelakon dan penerbit tersohor, Sheila Rusly telah berkongsi di media sosial bahawa telah menghadiahkan kereta mewah BMW X4 kepada suaminya, Jinggo sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-56 semalam.

Pasangan sweet ini berkongsi moment bahagia apabila Sheila mengucapkan terima kasih buat suaminya diatas apa yang dilakukan untuk keluarga selama ini.

“Selamat ulang tahun to my amazing husband. Thank you for being who u are & all that u do for us. There’s nowhere else in the world i would rather be than be next to u,” tulisnya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dalam video tersebut turut memaparkan reaksi suaminya yang terlihat teruja sebaik sahaja melihat kereta mewah tersebut tiba di hadapan rumah mereka dan dikhabarkan bahawa kereta tersebut dianggarkan berharga RM360,000.

 

Melalui perkongsian itu juga, Sheila turut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepada Jinggo serta mendoakan agar dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga.

 

Pasangan Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahaya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1996 dan telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail malah kini sudah memiliki seorang menantu perempuan iaitu Elisya Sandha yang sudah mengandung beberapa bulan.

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan diatas merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Sheila Rusly Hadiahkan Kereta Mewah Buat Suaminya.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!