Shahrulezad Dah Semakin Pulih Selepas Dimasukkan ke HSB.


Penerbit dan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin kini masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak kelmarin berikutan paras oksigen rendah.

Melalui perkongsian beliau di akaun Ig, pengarah drama popular Nur itu berkata dia mengikut saja cadangan terbaik daripada doktor di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Disebabkan tahap oksigen rendah, akhirnya saya dipindahkan ke HSB. Jangan risau, tiada isu serius, cuma kelengkapan di MAEPS untuk kes pesakit kekurangan oksigen tidak secanggih di hospital ini.

Sekarang kesihatan Ijat semakin baik tetapi masih tidak mempunyai selera makan yang mana tekak masih payau dan deria bau masih belom berfungsi dengan baik. Sekarang Ijat hanya makan buahan sahaja.

Doktor menjelaskan yang keadaannya tidak terlalu teruk kerana Ijat sudah lengkap 2 dose. Hanya menungggu paru-paru pulih sepenuhnya. Hari ini oksigen level Ijat dah semakin stabil . Semoga cepat sihat dan jaga diri.


Sebelum ini, Shahrulezad menerusi perkongsian di media sosialnya mengesahkan dia positif COVID-19 selepas melakukan ujian saringan untuk kali kedua.

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Shahrulezad Dah Semakin Pulih Selepas Dimasukkan ke HSB.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia