Sewa bulanan RM160 – RM250: Ini senarai projek & cara memohon Rumah PPR yang sedang dibuka


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa yang merupakan program Kerajaan untuk penempatan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah.

Semua rumah yang dibina di bawah Sewa PPR ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan untuk Rumah Pangsa Kos Rendah (CIS2). 

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan


  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon


Menurut maklumat dari Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat empat projek Rumah PPR Disewa yang sedang dibuka ketika ini dengan kadar sewa dari RM160 hingga RM250.

Permohonan PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Senarai projek PPR Disewa yang sedang dibuka boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3