Setelah Rumah Musnah Dilanda BAnjir , Kini Ebby Yus Dimasukkan Ke Hospital Pula.


Ebby Yus sekali lagi diduga apabila telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak empat hari lalu disebabkan masalah paru-paru berair.

Perkara itu disahkan pembantu peribadinya, Khairul Ilmi yang mana dia menjelaskan bahawa Ebby ditahan di HKL selepas mengalami cirit-birit ketika mendapatkan rawatan.

Kini berdepan dengan satu lagi dugaan yang melibatkan kesihantan dirinya. Temubual di Meletop baru-baru ini bersama Nabil Ahmad , Ebby Yus kelihatan sihat dan masih boleh berjenaka dalam duka yang mana klip itu mendapat banyak komen dan sokongan daripada peminat agar tabah.

Tidak  mahu meminta simpati dan bantuan, Ebby berkata dia hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai dan sokongan keluarga bagi menghadapi dugaan kali ini kerana ia melibatkan kesihatan dirinya.

Ebby berkongsi telah dimasukkan ke hospital dan doktor telah mengesahkan bahawa paru-parunya mengalami masalah dan masih menunggu keputusan X-ray yang telah dilakukan.

Dia yang pernah sakit teruk sebelum ini ,menjelasakan yang ada kemungkinan paru-parunya perlu ditebuk untuk mengeluarkan air.


Namun keadaannya sekarang masih okey. “Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut”,katanya.

Dia yang berharap agar keputusan imbasan ‘bersih’dan tidak menunjukkan keputusan yang tidak baik . Jika tidak bersih, besar kemungkinan, paru-paru perlu di cucuk atau di tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk berlaku pada bahagian paru-paru dan yang lainnnya.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Menerima dengan Redha pada setiap dugaan yang menimpa dirinya, Ebby berkata dia percaya apa yang berlaku ada hikmah dan Allah yang menentukan segalanya dqan percaya pada ketentuannya. “Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya.

Dia sudah  redha dengan takdir Allah atas segala yang berlaku terhadap dirinya namun tidak bermakna dia hanya berpeluk tubuh malah akan berusaha dari segi kesihatan dan juga kehidupan yang bakal ditempuhinya setelah apa yang berlaku baru-baru ini.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid telah berdepan ujian bertimpa-timpa apabila minggu lalu mahligai yang dibina di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat dihanyutkan arus deras dalam musibah banjir yang melanda beberapa daerah di Selangor.

Rumah dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina secara berdikit-dikit sejak empat tahun lalu hasil daripada pendapatannya dalam dunia seni.

Pada Oktober lalu, pelawak berasal Negeri Sembilan itu mengalami serangan jantung ketika berada dalam pesawat untuk menunaikan umrah.

Rentetan itu, Ebby ditahan di sebuah hospital di Maldives selama sehari. Selepas empat hari terkandas di negara itu, Ebby meneruskan penerbangan ke Tanah Suci Makkah bersama Ustaz Ashraf dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah.

Dua tahun lalu, Ebby dilaporkan menghidap sakit buah pinggang tahap tiga dan masalah lemah jantung.

Benar kata pepatah , harta di dunia hanya sementara ,akhirat yang kekal abadi.

 

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Setelah Rumah Musnah Dilanda BAnjir , Kini Ebby Yus Dimasukkan Ke Hospital Pula.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia