Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Menangis Berdoa Siang Malam Minta Mak Ayah Datang Jenguk


Perasaan rindu itu wajar bagi setiap dua insan yang terpisah jauh antara satu sama lain. Berpisah sehari atau dua hari sahaja pun boleh buat perasaan rindu itu muncul, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih terpaksa berjauhan bertahun lamanya dengan orang tua kerana beliau mahu menuntut ilmu.

Itu la kisah seorang pelajar sekolah pondok di Kabupaten Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, Indonesia yang menyayat hati warganet.


Malah, sekolah pondok tempat dia belajar diberi nama Abnaul Chairaaat. Sejak setahun lebih didaftarkan sebagai pelajar di sekolah pondok, ibu bapanya sekali pun tidak pernah datang melihatnya.

Menerusi, pada waktu 10 Muharram 1444 H, pelajar berkenaan terlalu sedih dan sebak itu tidak lagi dapat membendung perasaan rindu terhadap orang tua yang ditanggungnya. Jadi, remaja tersebut mencari kawasan yang sedikit gelap supaya pelajar lain tidak dapat melihat dia menangis dan merasa sedih.

 

Kisah mengenai pelajar ini dikongsikan oleh warga tiktok

 

Alkisahnya, seorang pelajar tersebut merupakan kawan baik kepada adik si pemilik akaun Tiktok yang turut menuntut di sekolah pondok itu. iaitu adiknya, Farhan, merupakan rakan satu kelas dan juga satu bilik, pelajar berkenaan.

Pada tarikh 8 Ogos yang lepas, keluarga Farhan telah datang ke sekolah menziarahi dan pelajar itu datang untuk menemaninya. Menurut video yang telah dikongsikan oleh Farhan, dia mengadu tidak pernah dijenguk oleh ibu bapanya setelah setahun lebih tinggal di situ.

Malah tidak pernah dijenguk, dia mengakui kehabisan barang keperluan harian seperti sabun mandi dan juga beberapa peralatan untuk pengajiannya yang sudahpun usang akibat lama tidak ditukar atau digantikan.

“Kalau habis (sabun), pinjan yang kawan punya. Tapi kalau malu, mandi tak pakai sabun,” katanya.

Ironinya, pakain untuk dia mengaji juga semakin berkurang, kain sarung yang sering digunakan untuk menunaikan solat juga sudahpun hilang. Nasib remaja ini memang dipenuhi dengan ujian yang berat.

seorang pelajar itu juga mengaku bahawa dia sangat merindui orang tuanya yang berada di kampung. Kerana perasaan rindu yang teramat sangat, setiap malam dia pasti akan berdoa agar ibu bapanya datang menjenguk.

“Malam tadi dia ada bagitahu dia rindu mak dia, sampai tiap-tiap malam berdoa ibu bapa dia datang melawat. Mungkin belum cukup duit katanya. Tapi biarlah, sabar saja dulu,” jelas video itu.

 

Baca juga : Dipercayai Tak Mampu Jaga, Lelaki Didakwa Buang Isteri Hidap Stroke Dalam Hutan




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3