Seri Diantara PJ City Dan JDT!


PJ City FC menamatkan aksi bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan penuh dramatik apabila bangkit untuk seri 2-2 di Stadium MBPJ, malam kelmarin.

JDT yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala FA Sabtu lalu apabila mengatasi Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kembali beraksi di Lembah Klang bagi aksi Liga Super.


Skuad kendalian Hector Bidoglio berdepan kesukaran untuk mendapatkan jaringan pembukaan selepas terpaksa menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0 walaupun Nazmi Faiz menghasilkan peluang namun rembatannya menggegar palang.

Sila Baca Disini : Barca Kalah Lagi Dengan Bayern!

Seri Diantara PJ City Dan JDT!

Gerakan jentera serangan yang dipamerkan oleh Arif Aiman Hanapi bergandingan bersama Bergson da Silva namun rembatan awang import itu sekadar melepasi gawang PJ City.


Jaringan akhirnya terhasil pada separuh masa kedua dengan Bergson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47 hasil hantaran silang Matthew Davies yang terkena tangan bek kiri tuan rumah, Filemon Anyie sekaligus pengadil memberikan keputusan penalti buat pelawat.

Jaringan tersebut tidak menggugat PJ City apabila bangkit dengan jaringan penyamaan melalui gerakan daripada sayap kanan direncana Mahali Jasuli yang bijak mencari penyerang kebangsaan Darren Lok untuk menampan masuk bola ke gawang bekas kelabnya itu.

Davies sekali lagi menghasilkan peluang buat JDT dengan Akhyar Rashid berjaya mendapatkan hantaran bek kanan itu sebelum merembat masuk mengatasi penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.


Ketika pelawat seakan kelihatan pulang dengan tiga mata, PJ City memberikan asakan di bahagian tengah bagi mendapatkan kawalan bola sebelum R. Kogileswaran bijak melakukan lencongan daripada luar kotak penalti sekaligus menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua bagi skuad kendalian P. Maniam yang menamatkan perlawanan berkongsi mata dengan JDT.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka United seri tanpa jaringan dengan KL City FC.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3