Home » Isu Semasa » Seorang Pelajar Maut , Motosikal Langgar Lori Besar.

Seorang Pelajar Maut , Motosikal Langgar Lori Besar.

Kejadian yang berlaku pagi tadi apabila seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 23, Jalan Kuantan-Kemaman, pada awal pagi Selasa lalu.

Kemalangan berlaku pada kita-kita jam 1.30 pagi yang mana mangsa iaitu Tengku Ahmad Danial Haiqal Tengku Abdul Aziz yang berusia 16 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala yang menyebabkan pemdaraahan dan kematian.

Manakala , pemandu lori berusia 35 tahun dan kelindan, 40 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan luka akibat daripada pelanggaran tersebut.

Laporan daripada KKetua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menjelaskan bahawa kelangan berlaku semasa pemandu lori bersama kelindannya itu dalam perjalanan dari Selangor menuju ke Kuala Terengganu.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pemandu lori berkenaan menjelaskan bahawa ketika tiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal telah datang dari arah bertentangan dan hilang kawalan lalu masuk ke laluannnya dan penunggang motosikal telah melanggar bahagian depan lorinya.

Kejadian itu telah menyebabkan kecederaan pada penunggang motosikal tersebut dan maut ditempat kejadian . Pelajar berusia 16 tahun itu juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baging , Kuantan.

Akibat daripada kejadian tersebut telah menjadi kes polis dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan siasatan akan dijalankan.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Seorang Pelajar Maut , Motosikal Langgar Lori Besar.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!