Baru – baru ini terdapat satu insiden yang berlaku di Sebuah tapak permaina Funfair yang mana seorang pengunjung telah terjatuh dari buaian berpusing di tapak ‘funfair’ berhampiran sebuah pasar raya di Cheras Selatan yang mana ia menyebabkan seorang maut dan ini perlu dijadikan pengajaran agar aspek keselamatan dititp beratkan.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, terdapat 2 orang mangsa yang jatuh dari buaian tersebut yang mana salah seorang mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan seorang lagi mangsa berusia 30-an mengalami kecederaan.
Funfair berkenaan ditutup serta merta. Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada terdapat unsur kecuaian pada pihak pemilik ‘funfair’ atau mangsa sendiri dan siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau berharap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui sama ada aspek keselamatan telah dipatuhi atau sebaliknya.
Ini bertujuan agar pihak yang bertanggungjawab lebih peka dan sentiasa menjaga aspek keselamatan sepanjang masa pengoperasian agar tiada kecederaan dan kematin berlaku kerana mainan yang disediakan cukup merbahaya dan juga mampu mencederakan pengunjung.
Perkara yang berlaku tempoh hari menjadi trauma yang sangat besar kepada setiap pengunjung yang hadir pada hari tersebut kerana pesta yang seharusnya berakhir dengan kegembiraan namun terkecewa akibat daripada insiden yang terlah terjadi.
Ramai pihak menegaskan agar lebih menjaga keseleamatan apibila berada di pesta atau keramaian yang melibatkan orang ramai. Malah kerajaan harus me memperkasa budaya tentang keselamatan bagi menggalakkan rakyat, syarikat, majikan dan semua institusi untuk sentiasa peka dengan aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan, kemalangan dan kematian.
Kemalangan sifar akan dapat dicapai jika semua pihak mengambil serius aspek keselamatan, bukan sahaja ketika bekerja dan melakukan aktiviti lasak tetapi juga ketika bermain mahupun aktiviti sukan.
Related Posts
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- Kemunculan Virus Langya Cetus Kebimbangan, Sudah Jangkiti 35 Orang
- “Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Simpanan KWSP pada tahap kritikal, bakal pesara bimbang hadapi hari tua