SENARAI PPV WALK-IN REMAJA BERMULA TARIKH 23 SEPTEMBER 2021
Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sedia ada sedang beroperasi untuk digunakan bagi pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia adalah antara dua kaedah yang akan digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan itu, selain secara jangkau luar di sekolah.
Portal Malaysia ingin berkongsi kaedah vaksinasi dan senarai PPV walk-in remaja bermula 23 September ini.
Senarai Kandungan
Kaedah Vaksinasi COVID-19 Remaja
Sebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula tarikh 23 September.
Vaksinasi akan dibuat melalui 3 kaedah berikut:
- Janji Temu MySejahtera
- Vaksinasi Berjadual
- Walk-In
Lihat kategori & kaedah bagi anak remaja anda melalui infografik di bawah:
Baca juga: Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran Kanak-kanak Bawah 18 Tahun / PICK Remaja
Senarai PPV Walk-In Untuk Remaja
Berikut adalah senarai walk-in PPV untuk vaksin remaja:
Remaja yang dibenarkan walk-in adalah:
- Remaja yang tidak bersekolah.
- Remaja yang menuntut di IPTS/IPTA yang di bawah umur 18 tahun.
Remaja yang telah mendapat tarikh vaksin dari pihak sekolah tidak dibenarkan walk-in.
Hanya seorang dewasa/ibu/bapa/penjaga yang dibenarkan menemani.
Baca juga: Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa 2-3 Minggu – PM
PROSEDUR UNTUK VAKSINASI REMAJA KURANG DARI 18 TAHUN DENGAN MASALAH KESIHATAN KRONIK
Banyak negara kini memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 ini.
Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk individu berumur 12 tahun & ke atas.
Kerajaan telah mengesyorkan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada remaja 12 tahun & ke atas.
Bagi remaja yang berumur 17 tahun & akan mencapai 18 tahun dalam tahun semasa juga adalah dibenarkan untuk mengambil vaksinasi dengan kebenaran ibu bapa melalui borang kebenaran khas yang telah disediakan.
Jom lindungi diri dan keluarga kita!
Sumber: CITF / JKJAV
Related Posts
- 1,970 Kekosongan di Kementerian Kesihatan Malaysia ~ Gaji RM1,500 – RM7,605 | Minima SPM Layak Mohon!
- PICKids Program Imunisasi Covid-19 Dibuka Semula Selama 5 Hari Hingga 24 Jun 2022
- Tempah Janji Temu Dos Penggalak Bermula 21 Mac Di Aplikasi MySejahtera
- MySalam Tuntutan Covid – Boleh Tuntut Sehingga RM700!
- Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran Kanak-kanak Bawah 18 Tahun / PICK Remaja