Senarai Penerima Bantuan RM800 Yang Akan Dikreditkan Pada Bulan Ini !! : Semak Sekarang!


Pada masa ini, rakyat Malaysia masih menunggu makluman rasmi bila pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) akan bermula.

Namun, tahukah anda selain pelaksanaan BTR yang akan diberikan pada bulan ini, kerajaan juga telah mengumumkan mengenai Bantuan Monsun yang juga akan dilaksanakan pada Januari ini.

Bagi setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sehingga RM800. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN MONSUN (BMT)


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan RM9.7 juta untuk manfaat seramai 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara, yang akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran RM800 akan dibuat terus ke dalam akaun bank peneroka membabitkan RM300 setiap satu pada Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) dan baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

JUMLAH BAYARAN BMT

Terdahulu, bayaran untuk Bantuan Monsun hanya RM600. Bagaimanapun, berdasarkan kebimbangan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak akan menerima:

RM800 (3 Fasa)

TARIKH PEMBAYARAN

Bagi tarikh pembayaran pula, ia akan diagihkan melalui 3 fasa pembayaran iaitu sebanyak:

  • Fasa 1 : RM300 (Januari)
  • Fasa 2 : RM300 (Februari)
  • Fasa 3 : RM200 (Mac)

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut adalah senarai penerima bantuan RM800 BMT ini:

  • Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah

Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang telah membuat permohonan, untuk makluman anda semakan permohonan kini dibuka.

Terdapat 2 cara untuk menyemak:

BAGAIMANA MEMOHON BANTUAN

Untuk makluman, permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau tidak berada di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Pemberian tanah asal dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2) Pemohon menoreh bukan pemilik mesti menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot bernotari
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan slip pengaktifan Kad PAT-G atau Kad PAT-G yang sah
  • Surat pengesahan pemilik tanah/wakil sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil sejahtera iaitu:

https://pekebunkecilmakmur.com.my/

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Talian BMT 2022 di talian 03-4256 4022.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3