Anugerah ABPBH34 telah melabuhkan tirainya dengan pengumuman Janna Nick yang membawa pulang trofi Bintang Paling Popular 2021 , sebuah kereta dan sebiji telefon Xiomi dengan undian 86 juta 374 ribu 777.
Anugerah yang dinantikan oleh setiap peminat dari artis kesayangan mereka dengan #ABPBH34 , #KITA BERSAMA.
ABPBH34 kali ini dibawakan khas oleh Xiomi dan disokong Hot Fm sebagai Radio rasmi dan juga Buletin Fm dan mempersembahkan Sherry Al Hadad sebanagi hos rasmi dan dibantu oleh Sissy Iman sebagai pengacara di belakang tabir. ABPBH34 kali ini juga ditayangkan di tv3 dan dsiarkan live di youtube tv3
ABPBH34 juga membawa khas penyanyi Rock Malaysia iaitu Ella berkolaborasi bersama Kaka dan dikejutkan dengan kehadiran Fauziah Latif bersama Wani Kayrie.
Kehadiran Ramlah Ram juga menyengat pda malam ini yang mana Ramlah Ram membawakan lagu Siapa Yang Bersalah , Ambang Pintu Kasih dan Selamat Jalan Romeo.
Penyayi terkenal yang turut membuta persembahan ialah Stacy , Khai Bahar , Aina Abdul bersama Man Kidal ,Vanessa , Syamel , Jay Jay , Anuar Zain , Hazama , Zainal Abidin dan juga Haqiem Rusli.
Artis yang turut menyampaikan anugerah adalah Fizo Omar , Zara Zya ,Fedtri Yahya dan Nabila Huda.
Senarai Pemenang Anugerah Popular ABPBH34 :
Artis Baharu POpular – Dinie Rashid
Pengacara TV Popular – Janna Nick
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
Gandingan Serasi Filem Popular – Pu Riz dan Wanna Ali
Artis Duo Popular – Aina Abdul dan Khai Bhar
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Hajah Habsah Hassan
Artis Fantastik Popular – Siti Nordiana FC
Artis Tik Tok Popular – Khai Bahar
Watak Antagonis Popular – Liza Abdullah
Watak Animasi Popular – Ejen Ali
Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular – Haqiem Rusli
Pelakon Tv Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Tv Lelaki Popular – Ben Amir
Youtuber Populer – Aqil Zulkiflee