Senarai Kaunter Bayar Balik PTPTN


Pelbagai cara dan kaedah yang mudah untuk anda bayar baki PTPTN anda antaranya adala haedah bayar terus di kaunter-kaunter yang disediakan oleh PTPTN.

Senarai Kaunter Bayar Balik PTPTN


Adakah anda merupakan penuntut di IPT atau Politeknik yang pernah membuat pinjaman PTPTN dan ingin membayar semula PTPTN? Disini kami kongsikan senarai kaunter yang anda boleh pergi untuk membuat bayaran PTPTN semula :

1. Kaunter PTPTN (seluruh negara)

Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:

📌Kad debit dan kad ATM yang mempunyai logo MEPS.

📌Kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja).

📌Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja) – 3 hari

2. Kaunter Ejen

✔️ Bank Islam
✔️ Bank Rakyat
✔️ Pos Malaysia
✔️ CIMB Bank
✔️ Bank Simpanan Nasional (MyBSN)

3. Potongan Gaji

💰Potongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan
💰Permohonan potongan gaji dibuat secara online

4. Direct Debit

💳Kemudahan potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa peminjam
💳Mohon Direct Debit secara online
💳Senarai Bank yang terlibat
💳Rujuk manual pengguna untuk rujukan permohonan online

5. Kiosk PayQuick

⌛️Saluran bayaran pinjaman dan penambahan depsoit secara tunai
⌛️Rujuk panduan bayaran
⌛️Lokasi PayQuick

6. Razer Cash di 7-Eleven

💸Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit secara tunai
💸Rujuk panduan bayaran
💸Pautan Razer Cash di 7-Eleven

7. Digi Kiosk

🔍Saluran bayaran pinjaman secara tunai
🔍Rujuk panduan bayaran
🔍Semak lokasi Digi Kiosk

8. e-pay

📲Saluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai
📲Maklumat lanjut berkenaan e-pay
📲Perkihmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam. Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara di atas anda boleh rujuk ke :

📍Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

☎️ 03 – 2193 3000

📠 03 – 2193 1263

e-Aduan: iCare


mybsn
BKM

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3