Harga Kereta Tesla di Malaysia
Harga pasaran kereta Tesla di Malaysia RM500K tahun 2022: Namun, kereta elektrik malaysia ev Model 3 adakah ia berbaloi?
Kita sebenarnya boleh perhatikan sekarang pembuatan kereta elektrik semakin berkembang maju. Jenama besar seperti Volkswagen VW, General Motor GM, Hyundai, Kia, Honda dan banyak lagi yang sudah mula dengan projek kereta elektrik masing-masing.
Disamping itu, semua adalah kerana mereka merebut pasaran kereta ev yang sekarang ini didominasikan oleh jenama kereta Tesla. Jenama tesla sekarang masih jauh meninggalkan pesaing terdekatnya. Walaubagaimanapun, untuk pasaran Malaysia kereta Tesla sudah pun mula dijual kepada ssesiapa yang berminat.
Harga Tesla 2022
Namun, tahukah anda bahawa harga kereta tesla yang dijual di Malaysia hanyalah kereta recond atau terpakai atau secondhand yang belum didaftar di luar negara untuk dibawa masuk bagi pasaran Malaysia.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Harga kereta secondhand kereta tesla | RM500,000++ |
Top Speed 0-100km/j | 3.2 saat |
Kebaikan Kereta Elektrik Tesla
- Penggunaan bahanapi semakin kurang
- kadar pencemaran udara boleh dikurangkan
- kos perjalanan menjadi semakin menjimatkan dan murah
- kemaskinikan boleh dilakukan melalui perisian (software sahaja). Anda akan dapat kemaskini software update dari masa ke semasa secara percuma.
- Software inilah yang akan banyak mengawal pergerakan dan fungsi untuk kereta tesla ini. Mudah bukan? Tidak perlu banyak tombol dan butang
- Rekabentuk kabin yang kemas dan minimalis
- Jika anda bernasib baik dengan hanya kemaskini perisian, kuasa dan kelajuan anda turut boleh bertambah. Cool bukan?
- Sangat laju, banyak kereta sport yang tertinggal dibelakang kereta ini di banyak ujian kereta
- Boleh tonton hulu netflix youtube secara online di kereta tesla anda
- Anda boleh buka pintu dengan hanya guna telefon bimbit (smartphone) anda – keyless
- Boleh main games di kereta ini