Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Sehingga RM3000


Dalam artikel ini akan dikongsikan senarai bantuan raya 2022 yang anda boleh mohon. Info-info ini hanya sekadar untuk memberi maklumat sahaja. Harap maklum.

Baca Juga : Semakan Pengeluaran Khas KWSP

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

1. Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Bantuan ini khas untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

Bantuan diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf membuat persiapan hari raya.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Syarat Pemohon

  • Muslim
  • Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada kiraan Had al-Kifayah.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan borang permohonan.

2. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP

Bantuan ini sebenarnya adalah cabang daripada skim bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang (MUIP).

Lazimnya, penerima bantuan ini dicalonkan oleh amil fitrah dari kawasan kariah. Anda boleh semak senarai amil DI SINI.

3. Skim Bantuan Hari Raya Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)

Bantuan Hari Raya ini khas untuk golongan asnaf di Johor.

Berikut adalah syarat-syarat pemohon:

  • Pemohon mestilah anak jati Johor yang telah menetap tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di Negeri Johor.
  • Tidak dapat bantuan /sumbangan /pinjaman daripada mana-mana pihak

Anda boleh KLIK DI SINI untuk syarat dan borang permohonan.

4. Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Syarat utama bagi mereka yang ingin memohon bantuan saguhati mestilah tergolong dalam kategori ini:

1. Asnaf fakir

Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai harta atau pendapatan tetapi kurang daripada 50 peratus daripada had kifayah dan tanggungan peribadi.

2. Asnaf miskin

Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya mampu menampung lebih 50 peratus keperluan dan tanggungannya, tetapi tidak cukup had kifayah.

3. Asnaf muallaf

Seseorang yang baru memeluk Islam.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk panduan dan borang permohonan.

5. Skim Bantuan Hari Raya MAIAMP

Bagi yang tidak tahu, bantuan hari raya ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Sosial anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).

Berikut adalah syarat-syarat bagi yang ingin memohon:

  • Islam.
  • Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  • Milik Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf
  • Tidak dapat bantuan hari raya daripada mana-mana pihak/agensi.

Jika anda adalah sebahagian daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk, anda tidak perlu mengisi borang ini lagi.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan.

6. Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Khas untuk warga Kelantan, bantuan hari raya ini diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut Aidilfitri. Kadar bantuan minimum RM300.00 hingga RM3,000.00.

Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Berikut adalah syarat permohonan:

  • Islam
  • Orang Kelantan yang menetap di Kelantan.
  • Bagi bukan warganegara negeri Kelantan, pemohon diwajibkan menetap di negeri Kelantan, dan tidak mendapat bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.
  • Mematuhi peraturan penentuan asnaf fakir dan miskin.

KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan kaedah permohonan.

Maklumat Lanjut

Anda juga boleh dapatkan info mengenai Bantuan Raya JKM khas untuk mereka yang dah mohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.


Semoga dengan senarai bantuan ini, golongan yang kurang berkemampuan dapat menyambut hari raya dengan kelengkapan yang lengkap. Bukan apa, dalam keseronokan kita, jangan kita lupakan mereka yang dalam kesusahan.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Sehingga RM3000” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia