Home » Bantuan » Senarai Bantuan Rakyat Selangor Belanjawan Selangor Tahun 2022

Senarai Bantuan Rakyat Selangor Belanjawan Selangor Tahun 2022

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor pada 26 November dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

Selain itu, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menawarkan biasiswa diperkenal bagi membantu wanita negeri ini menyambung pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana pelbagai bidang.

Selangor menyediakan pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun mulai 2022 bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi pascapandemik dan memacu agenda negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Baca juga: Cara Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021

Senarai Bantuan Rakyat Selangor

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Berikut adalah antara ‘highlight’ bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 hari ini:

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.
  6. Pemberian bot, enjin dan alat pengesan lokasi (GPS) ikan antara bantuan terbaharu Kerajaan Negeri bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.
  7. Kerajaan Negeri memperkenal Program Permit Khas yang membenarkan tanah pertanian diguna untuk kegiatan lain, kata Dato’ Menteri Besar.
  8. Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi rasmi pelancongan Go Selangor yang dijangka tersedia kepada orang ramai awal Februari tahun depan.
  9. Bantuan Khas Kewangan Kedua – Penjawat Awam
    • Satu bulan gaji dengan minimum RM1,000
    • Akan dibayar pada 29 Disember 2021

Rujuk senarai ringkasan penerima manfaat Belanjawan Selangor 2022 di dalam jadual infografik di bawah:

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Senarai Bantuan Rakyat Selangor Belanjawan Selangor Tahun 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!