Senarai Bantuan Kita Prihatin


Bantuan Kita Prihatin adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat dalam menjalani liku liku kehidupan yang mencabar buat masa ini. Tiga (3) jenis bantuan telah diumukan dalam pakej “Kita Prihatin” ini antaranya GKP, BPN dan PSU 2.0


Senarai Bantuan Prihatin GKP 2.0

Dengan peruntukan keseluruhan RM10 bilion, jumlah Pakej #KITAPRIHATIN akan disalurkan kepada Rakyat dan perniagaan melalui Geran Khas PRIHATIN, Program Subsidi Upah 2.0 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Berikut ialah senarai Bantuan Prihatin GKP 2.0 :

Geran Khas Prihatin GKP 2.0

Menerusi inisiatif Geran Khas Prihatin ini, peruntukkan yang akan dianggarkan adalah sebanyak RM600 juta akan dimanfaatkan kepada 200,000 PKS Mikro dengan jumlah sebanyak RM3000 secara one-off bagi setiap penerima. Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM sehingga 31 Ogos 2020.

Program Subsidi Upah 2.0

#KitaPrihatin: Program Subsidi Upah (PSU) 2.0: PSU 2.0 bertujuan untuk membantu syarikat mengekalkan pekerja sekaligus mengurangkan kos operasi dalam usaha membangunkan semula perniagaan mereka. Peruntukan RM2.4 bilion untuk PSU2.0 dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan 160,000 majikan.  

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Melalui inisiatif Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 ini peruntukan sebanyak Rm7 billion bakal diberikan kepada isi rumah dan individu bujang daripada golongan B40 dan M40 yang bertujuan untuk mengurangkan beban aliran tunai dan memberi kelegaan kewangan kepada pihak tersebut. 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima BPN2.0 secara automatik, manakala Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Sumber : Facebook Tengku Zafrul

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan yang related dengan “Senarai Bantuan Kita Prihatin” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Leave a Comment

APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online