Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Surirumah


Pelbagai skim bantuan untuk ibu tunggal yang turut merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, dan perniagaan yang khusus untuk memperkasakan wanita.

Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kad debit yang bernilai RM200 setiap bulan.

Sila Baca: Cara Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 


Skim Pembiayaan Program TemanNita (TEKUN)

Skim ini Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Sila Baca: Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN Khas Untuk Usahawan Wanita

Skim DanaNITA (MARA)

Skim DanaNITA ini menyasarkan usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan pendapatan isi rumah.


Pembiayaan sehingga RM50,000 dikhaskan untuk usahawan wanita Bumiputera dengan tempoh pembayaran maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

Sila Baca: Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNita Khusus Untuk Wanita

Bantuan Ibu Bersalin

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.


Sila Baca: Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Sebanyak RM450

iSuri KWSP

Iinsentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Anda juga layak menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun apabila membuat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Sila Baca: Jom Mohon i-Suri KWSP 2022 Bantuan RM480

Senarai bantuan lain: Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3