- 81shares
- Telegram
- Facebook Messenger
Biasiswa dan bantuan kewangan : Tujuan utama bagi program Perantis Barisan Hadapan Malaysia adalah untuk membantu dalam mengurangi beban melalui bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan M40 dan B40.
Beberapa jenis biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan mengikut kemampuan dan kelayakkan pelajar .
Jenis Biasiswa yang ditawarkan:
- Biasiswa Penuh (Biasiswa ini adalah terhad dan ditawarkan pada semester kedua setelah pencapaian pelajar dinilai)
- Biasiswa Yuran Pengajian (Biasiswa ini merujuk kepada pengurangan jumlah yuran pengajian diberikan sehingga RM 16,000.00)
- Bantuan Penginapan ( Penginapa semua pelajar ditanggung sepanjang tempoh pengajian)
- Bantuan Wang Sara Diri ( RM 200.00 – RM 400.00 sebulan berdasarkan kelayakan)
Biasiswa Penuh
Melalui program Perantis Barisan Hadapan Malaysia, MyEdu mengadakan kerjasama dengan hospital-hospital swasta terpilih untuk menyediakan biasiswa penuh yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang sama ada dalam SPM atau pengajian semester pertama.
Yang mana kos pengajian bagi Pelajar yang layak akan ditanggung sepenuhnya oleh badan berkenaan dan ianya meliputi yuran pengajian, yuran penginapan, yuran kemudahan dan yuran sebagainya.
Namun sebahagian daripada perjanjian biasiswa pelajar akan terikat dengan hospital terpilih dan diwajibkan untuk bekerja di hospital tersebut antara 3 hingga 5 tahun selepas tamat belajar.
Biasiswa ini juga sangat sangat terhad dan hanya diberikan kepada pelajar terbaik daripada setiap kursus yang ditawarkan dan hanya pelajar yang berkelayakan mempunyai peluang untuk dipilih.
Biasiswa Yuran Pengajian
Setiap pelajar lepasan SPM yang layak dan lulus Temuduga untuk program Perantis Barisan Hadapan Malaysia akan mendapat beberapa tawaran jenis biasiswa bagi mengurangkan yuran pengajian begantung kepada IPT, kursus pilihan, kemampuan serta kelayakan.
Malah biasiswa ini mampu mengurangkan yuran pengajian sehingga enam belas ribu ringgit (RM16,000.00) sehingga habis semestar bagi kursus yang ditawarkan.
Antara biasiswa yang disediakan adalah:
- Biasiswa Pengajian MyEdu
- Biasiswa Hospital [ Termasuk Biasiswa Damai Service Hospital (HQ) ]
- Biasiswa Pendidikan Tinggi Malaysia (Kerjasama Prima Gading Corporation Sdn. Bhd. yang dinaungi oleh YAM Tunku Zain Al’ Abidin ibni TUANKU MUHRIZ, Putera kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.)
- Biasiswa Pengajian IPT
Dibawah program Perantis Barisan Hadapan, penginapan pelajar ditanggung sepanjang tempoh pengajian termasuk semasa praktikal atau latihan klinikal.
- Jarak 10 – 15 min ke institusi (jalan kaki)
- Peralatan asas disediakan: Katil, tilam, meja belajar dan almari
- Pelajar hanya perlu bayar kos utiliti sahaja
WANG SARA DIRI BULANAN
Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia juga memberikan wang sara diri setiap bulan agar pelajar dapat mengurangkan beban keluarga.
Pelajar yang terpilih bergantung kepada IPT dan juga kursus pilihan akan mendapat wang sara diri sebanyak Rm200 – Rm400 setiap bulan .
Pelajar yang layak menerima bantuan ini termasuklah pelajar yang mendapat pinjaman dari PTPTN atau MARA.
Semak Juga Bantuan Lain :Bantuan Tambahan Sebanyak RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia
Bantuan Kemasukkan Ke IPT Melalui Zakat / Yayasan
Pelajar yang telah mendapat tawaran dan berdaftar di IPT melalui program Perantis Barisan Hadapan Malaysia , juga boleh mendapatkan bantuan kemasukan ke IPT dari pelbagai pihak termasuk Yayasan Negeri, NGO dan lain-lain.
Manakala pelajar yang beragama Islam pula layak untuk memohon bantuan dari Lembaga Zakat pada setiap Negeri yang ditempati bagi membantu mengurangkan beban semasa proses pendaftaran dilakukan yang mana ianya memerlukan kos yang tinggi.
Untuk maklumat lanjut boleh layari page : DISINI