Senarai Bantuan Kerajaan November 2022 | Mohon Sini Sekarang


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kerajaan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Pada bulan November ini, pelbagai bantuan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Berikut adalah senarai bantuan yang ada :


Bantuan Keluarga Malaysia

Semakan BKM kini boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia. Umum telah sedia maklum BKM fasa 3 telahpun diagihkan pada bulan September yang lalu.

Bagi mereka yang ingin membuat rayuan, sila buat segera kerana BKM fasa 4 akan diagihkan pada bulan 12 tidak lama lagi.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh RISDA kepada petani getah yang berkelayakan. Pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022.


Setiap fasa akan melibatkan sumbangan RM300 (dengan jumlah RM600 untuk dua fasa).

Sila semak kelayakan anda di sini : Semakan BMT

Bantuan Bulanan JKM

Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini merangkumi sehingga RM1,000 kepada mereka yang layak. Antara bantuan yang diperkenalkan ialah Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Am Negeri, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Warga Emas dan Bantuan Anak Angkat.


Pembayaran akan dilaksanakan dari 1 hingga 10 November 2022 secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

SADE ialah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor. Isi rumah berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah layak memohon.

SPZAS Ren & Men

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Sekolah Rendah & Menengah Selangor (SPZAS Ren & Men) ialah sumbangan kewangan RM200 kepada setiap anak tanggungan yang masih bersekolah secara ‘one-off’.


Permohonan masih dibuka sehingga 03 Disember 2022 dan boleh dihantar secara online sahaja. Maklumat lanjut mengenainya boleh dirujuk – Klik Sini.

Info Lanjut

Sila kongsikan artikel ini kepada kenalan rapat anda dan ahli keluarga anda yang lain. Semoga bermanfaat.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3