Kini kita berada di bulan September di mana terdapat beberapa bantuan kerajaan bulan September 2022 yang akan diagihkan pada bulan ini.
Semoga dengan bantuan-bantuan kerajaan yang ada ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang ingin mohon lebih banyak bantuan kerajaan yang lain, sila join telegram rasmi kerajaan di sini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022
Berikut adalah senarai bantuan yang anda boleh mohon untuk bulan ini :
a) BKM – Bantuan Keluarga Malaysia
Semakan BKM dijadualkan akan dibayar kepada penerima yang layak pada minggu akhir September 2022.
Untuk melihat jumlah yang akan diterima, klik di sini – BKM Fasa 3
b) Bantuan Peranti Siswa– Tablet A8
Bagi pelajar yang lulus untuk program peranti pelajar, akan mendapat tablet jenama Samsung Samsung Tab A8 LTE.
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tablet ini akan diberikan terus tanpa perlu dipulangkan.
Jika ada yang belum membuat permohonan, permohonan masih lagi dibuka sehingga 30 September 2022.
Maklumat lanjut Klik Sini.
c) MySalam 2022
Penerima yang lulus permohonan Mysalam akan dapat bayaran tuntutan claim terus ke dalam akaun bank berdaftar mereka.
Untuk yang masih belum buat tuntutan, sila buat demikian di laman rasmi.
d) Bantuan Warga Emas (BWE) JKM
Bagi warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada September 2022.
Untuk melihat cara memohon bantuan ini, klik di sini : Bantuan Warga Emas
e) Pelanjutan Pelepasan Cukai Individu
Ini bukan bantuan kewangan, tetapi ia adalah satu bentuk pelepasan cukai yang anda boleh tuntut.
Jika anda yang mempunyai atau akan membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini, sila simpan resit untuk mendapatkan pelepasan cukai individu. Ini kerana pelepasan cukai ini akan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.
f) Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPOKU) – JKM
Bagi kategori OKU bekerja, mereka yang layak masih akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM150 – RM450 sebulan.
Semoga dengan bantuan-bantuan yang ada ini akan membantu anda untuk meneruskan kehidupan anda dengan lebih kuat di masa hadapan.