Senarai bantuan kerajaan bulan Mac 2023 yang anda boleh mohon.
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya pelbagai jenis Bantuan Kerajaan & Kerajaan negeri yang anda boleh mohon untuk bulan Mac ini.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan yang terlibat :
STR Sumbangan Tunai Rahmah
Untuk rakyat Malaysia yang belum lagi memohon, atau belum kemaskini, atau yang tidak lulus STR fasa 1, permohonan dan kemaskini untuk STR kini dibuka.
Untuk STR Fasa 2, penerima yang layak akan dapat RM100 hingga RM200.
Tarikh bayaran untuk bantuan ini akan diagihkan sebelum hari raya aidilfitri.
Sila mohon dan update kemaskini STR anda sebelum 31 Mac 2023.
Layari : STR Sumbangan Tunai Rahmah untuk maklumat lanjut.
Bantuan I-Fitri
Penerima yang layak akan dapat bantuan kewangan RM300 secara one-off.
Tarikh tutup permohonan untuk bantuan raya i-Fitri ini adalah pada 31 Mac 2023.
Permohonan dan borang : Bantuan iFitri
Bantuan ini hanya untuk rakyat Terengganu sahaja. Harap maklum.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Malaysia MADANI
Pakej yang ditawarkan untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar adalah seperti berikut :
- Internet berkelajuan 30Mbps
- Data tanpa had
- Langganan RM69 sebulan
Pakej ini akan dinikmati oleh golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya dan warga emas.
Pakej ini dijangka akan bermula pada Mac 2023.
Bantuan Kewangan JKM Mac/ April 2023
Bayaran bantuan kewangan JKM untuk bulan Mac telahpun dikreditkan pada awal bulan Mac yang lalu.
Bagi bulan April, bayaran akan dikreditkan bermula 1 hingga 10 April 2023.
Bagi yang belum memohon bantuan JKM ini, anda boleh mohon di pautan berikut :
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)
Bantuan HPIPT RM1000 akan diberikan kepada pelajar yang layak.
Anda boleh mohon secara online di Bantuan HPIPT.
Sila isi borang dan hantarkan ke alamat yang ditetapkan.
Bantuan BMT RM200
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM800 kepada mereka yang layak. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan jumlah:
- RM300 (Fasa 1)
- RM300 (Fasa 2)
- RM200 (Fasa 3)
Pembayaran Fasa 1 telah pun selesai pada Januari lalu dan pembayaran Fasa 2 akan dilaksanakan pada Februari 2023.
Semakan Status boleh dibuat : DI SINI
Memohon bantuan untuk anak-anak malaysia yang belajar di luar negara
Saya dah 2kali mohon JKM dan 2kali jugak tidak dipertimbangkan .Katanya gaji melebihi had..Gaji bersih bawah dari 1500 bawah yea ank 3org,rumah sewa mmg makan bercatu sekarang nie..Dulu tak pernah pun minta mana2 bantuan sebab rasa mampu berdikari tapi dengan kos sara hidup sekarang mmg tak cukup.Kereta pun tunggu masa nak kena tarik..Harap ada lah pihak berkenaan pertimbangkan.Terima kasih