Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022 – Mohon Sekarang!


Bermula pada tahun 2022 ini, kerajaan telah senaraikan bantuan kerajaan yang anda boleh mohon mulai Januari 2022. Anda diminta untuk semak dan lihat syarat kelayakan untuk setiap bantuan kerajaan yang ada.

Sila baca artikel selanjutnya untuk ketahui bantuan-bantuan kerajaan yang anda boleh mohon.

Lihat senarai-senarai di bawah.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bantuan Kerajaan 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang anda akan dapat Januari 2022 ini :

a) Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM ini merupakan bantuan yang menggantikan BKC, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Bantuan Sara Hidup.

Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat, sila rujuk kategori anda di bawah :

  • Isi Rumah = RM400 hingga RM2,000
  • Ibu/ Bapa Tunggal (Isi Rumah) = RM500
  • Warga Emas (Isi Rumah) = RM300
  • Warga Emas (Bujang) = RM600
  • Bujang = RM350

Tarikh Bayaran BKM

Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember 2022.

Cara Permohonan

Untuk cara permohonan & kemaskini maklumat, sila layari https://bkm.hasil.gov.my/, dan mohon sebelum 31 Januari 2022.

Jumlah Bantuan : RM350 – RM2000

bkm 2022

b) Bantuan Kredit e-Wallet RM150

Bantuan e-Wallet ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di mana bantuan ini akan diberikan kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun yang merupakan pelajar sepenuh masa di IPT.

Bantuan ini akan dibayar melaui BigPay, Boost, ShopeePay & TnG Wallet.

Tarikh pembayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumlah Bantuan : RM150

c) Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Sebanyak RM1.4 billion telah diperuntukkan bagi memastikan bantuan & kemudahan khas kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif dan menyeluruh melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ini.

  • Bantuan RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang terjejas akibat banjir.
  • Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia.

Untuk mohon bantuan ini, sila buat permohonan secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing. Atau dapatkan maklumat lanjur di NADMA banjir.

Jumlah Bantuan : RM1,000 – RM10,000

d) Bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran adalah bermula 1 -10 Januari 2022.

januari jkm

Bantuan 2022 Yang Lain

Untuk senarai bantuan di bawah pula, adalah bantuan yang anda boleh mohon sepanjang masa :

a) Program Prihatin Kasih

Bantuan khas untuk kategori B40 ini, penerima akan dapat elaun RM100 sebulan selama 3 bulan. Elaun tersebut akan dikreditkan terus ke dalam MyKad anda.

Anda hanya perlu menggunakan MyKad anda untuk beli barang-barang makanan asas di kedai-kedai runcit berdekatan anda.

Kadar Bantuan : RM100 sebulan selama 3 bulan

b) Bakul Prihatin Negara

Setiap keluarga yang layak akan dapat satu bakul makanan yang dipenuhi dengan barang-barang asas makanan.

Kadar Bantuan : 8 barang iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut & kopi.

c) Bantuan Orang Tua

Bantuan kewangan khas untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Mereka yang ingin mohon perlu isi borang & serahkan ke Pejabat JKM yang berdekatan.

Kadar Bantuan : RM500 sebulan

Sumber Bantuan : JKM

Semoga dengan perkongsian artikel ini, pembaca boleh menyusun atur perbelanjaan dengan cermat dan bijak.


Sila SHARE senarai bantuan ini ke Group Facebook Bantuan, Whatapps kawan-kawan & family anda, untuk manfaat bersama.

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022 – Mohon Sekarang!” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia