Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 Anda Boleh Mohon


Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Skim Bantuan Bulanan

1. Bantuan Kanak-kanak

Kadar Bantuan

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Baca juga: Bantuan Sehingga RM1000 Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022

2. Bantuan Anak Pelihara

Kadar Bantuan

RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga: Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) sebanyak RM250

3. Bantuan Warga Emas

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
    Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • i. Institusi kendalian JKM; atau
    • ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
      ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Baca juga : Bantuan Warga Emas Yang Ramai Belum Mohon

4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Kadar Bantuan

RM450 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

5. Bantuan Am Persekutuan

Kadar Bantuan

RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat-syarat

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

6. Bantuan Am Negeri

Kadar Bantuan

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar Bantuan

RM300 seorang sebulan.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
    • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

9. Bantuan Latihan Perantis

Kadar Bantuan

RM200 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Selain bantuan bulanan seperti di atas, terdapat juga bantuan yang menawarkan pemberian bantuan kewangan secara one-off oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti:

10. Geran Pelancaran

Kadar Bantuan

Maksimum RM2,700 sekaligus.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

11. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan

Kadar Bantuan

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

Jenis Peralatan / Alat Sokongan

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat

Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERMOHONAN MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

PERMOHONAN ONLINE

Permohonan Bantuan JKM 2021 boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:


http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

 

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 Anda Boleh Mohon” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia