Pihak kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan akan diagihkan sebelum Aidilfitri 2023, bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan dan keberkatan.
Senarai bantuan adalah mengikut negeri yang terlibat dan ia merupakan benttuk sokongan kewangan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.
Pada 2023, Kerajaan negeri telah mengeluarkan senarai bantuan Aidilfitri 2023, untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk bantuan kewangan pada musim perayaan.
Semua Negeri Yang Telah Mengisytiharkan Bantuan Berikut adalah pecahan negeri-negeri yang telah mendedahkan rancangan bantuan kewangan untuk penjawat awam sempena Aidilfitri pada tahun 2023.
Senarai Negeri Yang Telah Mengumumkan Bantuan
Berikut adalah senarai negeri yang telah mengumumkan bantuan kewangan serta jumlah yang akan diberikan kepada penjawat awam sempena dengan sambutan Aidilfitri pada tahun 2023:
- Bagi penjawat awam di seluruh negara, kerajaan akan memberikan Bonus Aidilfitri sebanyak RM700.
- Negeri Sembilan akan memberikan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam.
- Pahang akan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada 8,000 penjawat awam.
- Terdapat juga beberapa negeri yang memberikan bantuan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 untuk penjawat awam.
- Kedah akan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri.
- Sabah akan memberikan Bonus Aidilfitri sebanyak RM700 untuk penjawat awam dan RM350 untuk pesara.
- Perak akan memberikan Bantuan Khas Raya sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri.
- Pulau Pinang akan memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,500 untuk penjawat awam.
- Johor akan memberikan Bantuan Hari Raya Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam negeri.
BKKA Tahun 2023 akan diberikan kepada:
- Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service2 dan masih berkhidmat pada 17 April 2023.
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh, separuh gaji, tanpa gaji dan dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
- Guru interim.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
- Pegawai lantikan MySTEP yang telah dilantik sebelum 17 April 2023 dan masih berkhidmat pada 17 April 2023.
Pesara dan penerima pencen yang layak :
- Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 April 2023 bagi semua gred di dalam:
i) Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri;
ii) Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan;
iii) Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; dan
iv) Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/ 60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK).
2. Penerima pencen yang layak menerima BKKA Tahun 2023 adalah seperti berikut:
i) Penerima pencen terbitan;
ii) Penerima pencen orang tanggungan;
iii) Penerima elaun tanggungan;
iv) Penerima elaun bersara; dan
v) Penerima elaun bersara terbitan.
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saya merayu agar saya pun mendapat juga Senarai Bantuan Aidilfitri Tahun 2023 ni. Sekian TERIMA KASIH kepada Kerajaan Malaysia.
Kami yg bekerja swasta tak dapat ka, kami pun susah juga
Ya setiap tahun bantuan dr kerajaan yg di bantu hanya lah pesara sedangkan pekerja swasta di anak tirikan seolah kami ni tak wujud di muka bumi ni.Sememangnya kami ni tak berkerja ke yg swasta overtime macam nak mati jer siang malam membantu memberi keuntungan pada kerajaan terus untung.Hanya tulang kami di kerah tp imbuhan hnya perkerja kerajaan yg dapat.
Noorlida Gombak.
Sokong
Bagaimana dengan wargames yang tidak mempunyai sebarang pendapatan hanya dapat bantuan STR rm100 . Dengan rm100 ni apa yang kami bolih beli Dan makan. Wargames dah takde nilai ke hanya tunggu mati agaknya.
Betul tu BRO…rm100 apa yg dapat beli untuk Aidilfitri..
Saya pun tak dapat jugal penat dah.. 🤔
Kami yang punya tanggung jawap ada dpt ke sudah lah hari bantuan str fasa2.cuma rm200 je nak beli baju raya anak2.pun tak cukup setakat rm200 tu sudah lah saya ada 4orang anak lagi tak cukup tu duit str fasa2 rm200 tu cukup2. Beli makanan anak2 je
Suami sya swasta gaji pun xdpat lagi harapkn str rm200 shja mnlah ckup utk 5 beranak.. tolonglah buat bantuan utk orng² yg kerja swasta juga.. asyik kerjaan aje dpt manjang .. kmi kerja swasta pun mnusia jugak sma
kami rayak biasa tak dapat apa apa pun batuan cuma str rm200 itu pun dok tahu nok wak gapo anak 4org termasuk saya danisteri 6org apa bulih buat dg duit rm200..ini nasik rayak biasa..pendapatan tak menentu..