Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 8 Tahun 2021.

Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 8 Tahun 2021.

Pihak Astro hari ini mengumumkan 13 peserta baru yang akan berentap untuk merebut gelaran Juara menerusi pertandingan program realiti Gegar Vaganza yang kini telah memasuki musim ke-8 (GV8).

Dengan tagline “Bintang Kembali Menyengat”, pentas GV8 sekali lagi akan menjadi medan unutuk para peserta yang sudah lama menyepi kembali menyenget. Terdapat 13 peserta yang menyertai program ini, yang mana mereka datangnya dari Malaysia, Indonesia dan juga Singapura.

Antara yang bakal menyertai program ini adalah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Adibah Noor, Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Untuk kemeriahan berganda pada tahun ini ,Astro juga turut membawa masuk pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Selain itu, Gegar Vaganza kali ini masih mengekalkan juri profesional iaitu Maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baru ini ditemani dengan kehadiran Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat yang akan mengadili 100 % sistem pemarkahan .

Farm Fresh dengan tagline “Ini Barulah Susu Segar” masih menjadi penaja utama GV dengan kerjasama Digi sebagai Telco rasmi , Adabi dan juga jenama penapis air ternama iaitu CUCKOO.

Pada musim ini, dengan tajaan beberapa jenam terkenal Malaysia ,Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi GV dan tempat kedua serta ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi GV.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi GV.

Bermula 21 November ini 2021, Konsert GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro.

Sebelum ini ramai penyanyi yang telah menaikkan nama kembali setelah menyertai program GV dan meneruskan karier mereka di industri tanah air. Peserta yang pernah dinobatkan sebagai juara iaitu Ayai Ilusi ( GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5),Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3