“Semoga Kita Semua Terus Usaha Atas Iman dan Istiqomah Ke Jalan Allah,” – Aprena Manrose Kongsi Gambar Pakai Niqab


Melalui satu perkongsian daripada pelakon jelita , Aprena Manrose yang telah menjadi perhatian ramai baru – baru ini apabila dia membuat hantaran video di lamam sosial miknya tentang kehadiran dirinya ke sebuah majlis ilmu.

Aprena yang dilihat memakai jubah dan berniqab berwarna hitam di majlis tersebut yang dihadiri ramai rakan artis dan kebanyakkan mereka berniqab dan berjubah hitam dalam majlis tersebut.

Aprena juga turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu demi masa depan dan pengakhiran yang lebih baik.

"Semoga Kita Semua Terus Usaha Atas Iman dan Istiqomah Ke Jalan Allah,” - Aprena Manrose Kongsi Gambar Pakai Niqab 1

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.”

“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” tulisnya.

BACA INI : [VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen

Mendapat maklumbaklas positif daripada orang ramai , rata – rata rakan artis dan pengikutnya menitipkan mendoakan agar dirinya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dan melakukan kebaikkan.

Komen Positif


Malah Aprena turut meninggalkan komen balas dengan berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dengan hijrah yang dilakukannya itu.

"Semoga Kita Semua Terus Usaha Atas Iman dan Istiqomah Ke Jalan Allah,” - Aprena Manrose Kongsi Gambar Pakai Niqab 2

“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.”

“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Aprena yang mula bertudung pada tahun ini semakin menjaga cara pakaiannya dan mula bergiat dalam menghadiri pelbagai majlis agama bersama rakan dan keluarga terdekat.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3