Home » Bantuan » Permohonan Skim Pembiayaan Tanpa Faedah, Moratorium 12 Bulan Semarak Niaga

Permohonan Skim Pembiayaan Tanpa Faedah, Moratorium 12 Bulan Semarak Niaga

Bagi meringankan beban peniaga informal & mikro, kerajaan menyediakan pembiayaan mikro kredit bernilai RM1.8 bilion menerusi pelbagai agensi.

Lebih menarik, pembiayaan berkenaan diberikan tanpa dikenakan kadar faedah (0%) dan moratorium selama 12 bulan.

Antara agensi yang terbabit adalah seperti dibawah:

  • Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN)
  • Agrobank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bank Rakyat
  • Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perlunya akses kepada pembiayaan tanpa faedah disediakan terutamanya bagi membantu peniaga kecil.

“Dengan itu, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberikan kepada peniaga sektor informal dan mikro.

“Selain itu, BSN dan Agrobank juga akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan,” katanya.

Pembiayaan itu diberikan dibawah peruntukan sebanyak RM40 bilion bagi Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) untuk membantu usahawan perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Semarak Niaga merangkumi bantuan pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Permohonan Skim Pembiayaan Tanpa Faedah, Moratorium 12 Bulan Semarak Niaga” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes