Semakan bantuan pemandu teksi dan pemandu pelancong secara one-off rm600 akan diberkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mereka.
Kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Selaras dengan komitmen Kerajaan yang prihatin, bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai 2 April 2020.
Bantuan Kepada | Jumlah Bantuan |
---|---|
Pemandu Teksi & Pelancong | one-off RM600 |
Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah untuk memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Semakan Bantuan Pemandu Teksi & Pelancong
Pada masa yang sama, semakan dan kemaskini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat pada 2 April 2020 melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu di 👉 www.treasury.gov.my
Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.
Video Cara Buat Semakan
Laporan ni dirujuk melalui telegram rasmi MOF.