Daftar Ekasih Online – Cara Bagaimana Mendaftar Borang Bantuan Ekasih

Apa Itu eKasih?


🔍eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang mewujudkan di peringkat nasional yang bertujuan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

🔍Sistem ini dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Untuk makluman anda ia bukanlah program bantuan Kerajaan tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang mengandungi darta isi rumah miskin.

Dibawah ialah perkongsian lanjut tentamg eKasih online :

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Kriteria e-Kasih 


Dibawah kami kongsikan ciri-ciri eKasih

Lihat Juga  Jadual Jangkaan Masuk Duit STR Fasa 1 | Maybank, CIMB, BSN dan Banyak Lagi

📝Semakan status kemiskinan secara atas talian

📝Penyelarasan maklumat bantuan

📝Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara atas talian

📝Pengiraan Status Kemiskinan secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK per kapita)

📝Perjanaan laporan dan statistik kemiskinan

📝Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Syarat Kelayakan


Melalui Kriteria Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 yang telah ditetapkan ia dapat melihat golongan berpendapatan rendah. Dibawah ialah syarat kelayakan eKasih :

✅Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar

✅PGK per kapita sesebuah rumah = (Jumlah Pendapatan semua ahli isi rumah dalam satu tempat kediaman) / (bilangan ahli isi rumah tersebut)

✅Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang dari jumlah RM1,500 sebulan (Bandar) atau RM1,000 sebulan (Luar Bandar) digalakkan untuk mendaftar

✅Dibawah ialah lampiran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK tahun 2016) mengikut pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setai dua tahun sekali

Daftar Ekasih Online – Cara Bagaimana Mendaftar Borang Bantuan Ekasih 1

Cara Bagaimana Mendaftar Borang Bantuan Ekasih


Bagi anda yang layak untuk berdaftar iaitu golongan yang berpendapatan di bawah PGK semasa dan ingin membuat pendaftaran eKasih, adan boleh hadirkan diri ke salah satu tempat atau cara seperti di bawah untuk mendapatkan borang daftar eKasih :

Lihat Juga  Senarai J&T Kedah

🏠Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

🏢Pejabat Daerah yang berdekatan

📞Melalui telefon

📜Melalui surat

📧Melalui e-mel rasmi

📋Membuat laporan

🖋Mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)


Dibawah kami kongsikan senarai nombor telefon PPN mengikut negeri untuk memudahkan urusan anda dalam pendaftaran eKasih :

☎️PPN Perlis : 04-9731976

☎️PPN Kedah : 04-7209236

☎️PPN Pulau Pinang : 04-2185700

☎️PPN Perak : 05-2497400

☎️PPN Selangor : 03-55213600

☎️PPN WP Kuala Lumpur : 03-40420260 / 61

☎️PPN Negeri Sembilan : 06-7659945

☎️PPN Melaka : 06-3333333

☎️PPN Johor : 07-2234777

☎️PPN Pahang : 09-6272000

☎️PPN Terengganu : 09-6272000

☎️PPN Kelantan : 09-7455000

☎️PPN Sarawak : 082-446582

☎️PPN Sabah : 088-484800

Soalan Lazim Ekasih


Bilakah eKasih diwujudkan?

eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya

Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?

Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.

Lihat Juga  SPA9 - Login, Semakan & Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan

Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih?

Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

📌Untuk soalan lazim selanjutnya sila rujuk Soalan Lazim Ekasih

Cara Semakan eKasih


Berikut kami kongsikan bagaimana cara untuk anda buat semakan eKasih melalui beberapa kaedah yang telah ditetapkan oleh portal rasmi.

✏️Kaedah Pertama : Pemohon boleh semak dengan menelefon mana-mana ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
✔️Nama
✔️No Kad Pengenalan
✔️No Telefon
✔️Alamat emel yang boleh dihubungi

✏️Kaedah Kedua : Pemohon boleh buat semakan eKasih dengan menggunakan kaedah online
✔️Masuk Portal Rasmi Semakan eKasih https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
✔️Isi no. Mykad anda.
✔️Ketik butang “Klik Untuk Carian” dan selesai.

Maklumat Lanjut


Semoga perkongsian di atas bermanfaat dan dapat membantu anda yang di dalam kalangan miskin yang ditetapkan seperti Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Sebarang pertanyaan atau maklumat berkenaan eKasih anda boleh rujuk ke :

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3