Semakan Panggilan e-Pengambilan PDRM 2022


PDRM adalah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 000 pegawai dan anggota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara serta penduduknya. Pasukan berseragam (beruniform) ini adalah unik berbanding dengan negara lain kerana pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am hingga ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk berjasa kepada negara dengan menyertai PDRM boleh membuat permohonan secara online. Untuk mereka yang berminat dengan jawatan kosong terkini kerajaan SPA yang lain, sila buat pendaftaran pekerjaan di SPA9 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Baca juga:

Tarikh Semakan Status Panggilan & Ujian:

Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM

  • Bermula 17 Januari 2022 hingga 06 Mac 2022.

Semak Status Permohonan:

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Cara Mendaftar:

Bagi yang belum mendaftar, sila rujuk langkah berikut:


  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

Semakan Kelayakan Jawatan:

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak.
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang:

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang LogMasuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini.

Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM:

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia atau berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Semakan Panggilan e-Pengambilan PDRM 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia