Semakan Keputusan Online UPKK / MPKAFA 2021


Semakan Keputusan UPKK dengan format baru telah diperkenalkan bagi menggantikan ujian bertulis, iaitu Modul Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain. Berita baik juga, kepada ibu bapa boleh membuat semakan terus keputusan UPKK atau MPKAFA ini secara online dan SMS.

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021 berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2021:

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui;

  • Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my
  • Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.
  • Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

 

Tarikh Peperiksaan:

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021.

JAKIM ingin menegaskan bahawa, perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

  • Akan dilaksanakan serentak di seluruh negara
  • Pada 15 hingga 30 November 2021.

Rumusan MPKAFA:

MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian seperti berikut;

  • Bahagian A : Kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Markah yang diperuntukan ialah 75 peratus.
  • Bahagian B : Penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon. Markah yang duperuntukan ialah 25 peratus.
  1. Dalam tempoh penilaian, PdPR bagi murid tahun 5 dan tahun 6 hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.
  2. Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru KAFA di setiap premis KAFA dan ia boleh dilaksanakan sama ada Dalam Talian  atau (Online), Luar Talian (Offline) dan Off-Side.
  3. 5 subjek dinilai untuk MPKAFA bermula 15-30 November 2021.

Subjek MPKAFA:

Subjek yang sama untuk peperiksaan bertulis sebelum ini iaitu:

  1. Bahasa Arab.
  2. Sirah.
  3. Adab.
  4. Jawi.
  5. Ulum Syariah.

Modul Penilaian MPKAFA:

Bahagian A (75%)

  • Penilaian 5 subjek.
  • Guru-guru sekolah anak-anak yang akan menilai MPKAFA mengikut silibus dari tahun 3 sehingga tahun 5 (seperti telah dipelajari).
  • Semua soalan akan diselaraskan 1 malaysia .
  • Penyelia akan memantau guru-guru yang menilai.

Bahagian B (25%)

  • Dinilai sepanjang tempoh PDPR yang telah dijalankan.
  • Nilaian 25% ini dibahagi kepada 3;
  1. Nilai dan sahsiah 5%
  2. Kehadiran PDPR 10%
  3. Komitmen dan hasil kerja murid 10%

Keseluruhan adalah 100 markah.

*Sijil tetap akan dikeluarkan sama seperti UPKK sebelum ini.


Tanggungjawab Ibu Bapa:

  • Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
  • Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
  • Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
  • Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR. Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau hubungi talian 03-8870 7000.

Penafian – Bahan yang admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Semakan Keputusan Online UPKK / MPKAFA 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia