Kepada anda ataupun anak-anak anda yang baru sahaja menghabiskan pelajaran di peringkat SPM, kadang kala kita akan berniat ingin menyambung pelajaran kita ke peringkat seterusnya.
Anda boleh memohon ke Pra-Universiti ataupun Tingkatan 6 untuk melanjutkan pelajaran. Jika anda sudah membuat permohonan, mari membuat semakan keputusan kemasukan ke tingakatan 6 2020.
Di bawah kami kongsikan cara-cara selanjutkan untuk kemasukan ke Tingkatan 6 dan sebagainya:
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Buat Semakan Ke Tingkatan 6
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan semakan tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020.
Tempoh semakan bermula dari 1 Julai 2020 hingga 14 Julai 2020
Semakan boleh digunakan dengan dua cara iaitu melalui atas talian ataupun SMS. Di bawah saya kongsikan cara untuk membuat semakan ke Tingkatan 6 :
✅ Cara Semak Terus Di Laman KPM
0️⃣1️⃣ Sila layari ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://sst6.moe.gov.my/
0️⃣2️⃣ Sila klik pada Semakan Tawaran di bahagian Semakan Keputusan Tingkatan 6
0️⃣3️⃣ Seterusnya, isikan nombor kad pengenalan anda
0️⃣4️⃣Kemudian, klik pautan semakan
0️⃣5️⃣ Keputusan tawaran ke tingkatan 6 anda akan dipaparkan
0️⃣6️⃣ Print keputusan tawaran anda untuk kegunaan semasa melapor diri nanti
✅ Cara Semak Guna SMS
Sila taipkan maklumat seperti berikut untuk membuat semakan melalui SMS :
📲 MOE<jarak>T6<jarak>ANGKA GILIRAN
Hantarkan SMS untuk maklumat tersebut ke 15888
*Anda boleh menggunakan no kad pengenalan untuk digantikan dengan angka giliran jika tidak ingat nombor giliran.
📲 MOE<jarak>T6<jarak> NO KAD PENGENALAN
Hantarkan SMS untuk maklumat tersebut ke 15888
Cara Buat Rayuan Masuk ke Tingkatan 6
Kepada calon sekolah yang tidak mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6, anda boleh membuat rayuan semula untuk kemasukan ke Tingkatan 6. Di bawah saya kongsikan cara-cara untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 :
📌Kepada yang layak tetapi tidak ditawarkan untuk kemasukkan tingkatan 6, anda boleh memuat turun borang T6BRU di https://sst6.moe.gov.my/
📌Anda boleh membuat rayuan dan melengkapkan borang mulai 7 Julai 2020 dan rayuan itu perlu dihantar dan akan diterima selewat-lewatnya 14 Julai 2020
📌Bagi mereka yang tidak ditawarkan ke Tingkatan 6 oleh kerana gagal memperoleh gred kepujian dalam SPM untuk subjek Bahasa Melayu, anda boleh mengambil peperiksaan ulangan dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran tersebut, kemudian boleh membuat rayuan ke Tingkatan 6.
📌Umur calon adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat am.
Berikut dikongsikan cara dan panduan untuk mengisi borang T6BRU
0️⃣1️⃣ Borang T6BRU ini adalah untuk calon yang membuat rayuan ke Tingkatan 6 kecuali Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
0️⃣2️⃣ Borang T6BRU ini haruslah disertakan sekali bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti dibawah :
✔️Keputusan Peperiksaan SPM
✔️Sijil Kelahiran
✔️Kad Pengenalan/Pasport
✔️Sijil Berhenti Sekolah
✔️Utiliti
0️⃣3️⃣Tarikh tutup permohonan ada 14 Julai 2020 dan sebarang pertimbangan tidak akan dilakukan jika calon lewat membuat permohonan.
0️⃣4️⃣Permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan dipertimbangkan :
✔️Lulus untuk peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan
✔️Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)
✔️Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.
0️⃣5️⃣ Kelulusan permohonan akan bergantung pada kekosongan tempat belajar.
0️⃣6️⃣ Calon akan dikira menolak tawaran jika calon tidak melapor diri pada tempoh ditetapkan iaitu selewat-selewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
0️⃣7️⃣ Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Cara tukar bidang
Bagi pelajar yang ingin menukar bidang Tingakatan 6 Semester 1 Tahun 2020, pelajar hendaklah mengisi borang T6BRTJ dan ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN.
0️⃣1️⃣Di bawah adalah dokumen-dokumen salinan yang perlu disertakan bersama dengan borang T6BRTJ ini
📝Keputusan Peperiksaan SPM 2019
📝Inventori Minat Kerjaya
📝Dokumen yang berkaitan
0️⃣2️⃣Pelajar haruslah kembalikan borang T6BRTJ ini kepada JPN/PPD dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah yang sebelum ini mereka belajar.
0️⃣3️⃣Tarikh tutup permohonan adalah 24 Julai 2020 dan permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
0️⃣4️⃣Kelulusan permohonan akan bergantung pada kekosongan tempat belajar.
0️⃣5️⃣Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 29 Julai 2020 oleh JPN kepada semua calon melalui pusat Tingkatan 6 masing – masing.
📌Nak dapatkan borang boleh rujuk sini
Maklumat Lanjut
📍BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
☎️ 03-8884 9370
📠 03-8888 6671