Berita baik bagi calon MRSM, semakan kini boleh dibuat di portal MRSM.
Ikuti langkah-langkah semakan dibawah.
Bagi calon yang tidak berjaya, boleh terus membuat permohonan rayuan, cara-caranya juga dikongsikan dibawah.
Baca juga:
Senarai Kandungan
Tarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023:
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah pada 11 April 2022.
Cara Semakan Keputusan:
Berikut merupakan cara untuk menyemak keputusan MRSM:
Langkah 1: Layari portal rasmi MRSM.
Langkah 2: Semakan MRSM Tingkatan 1.
Langkah 3: Semakan MRSM Tingkatan 4.
Langkah 4: Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
Langkah 5: Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Langkah 6: Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
Nota: Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari atau tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
Tarikh Rayuan MRSM Sesi 2022 / 2023:
Dibuka pada 9 Mac hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian.
Rayuan Kemasukan MRSM:
Berikut merupakan permohonan rayuan bagi yang tidak berjaya:
Langkah 1: Layari portal rasmi MRSM.
Langkah 2: Login dan buat Semakan MRSM Tingkatan 1.
Langkah 3: Login dan buat Semakan MRSM Tingkatan 4.
Langkah 4: Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online.
Nota:
- Jika tiada butang rayuan, maksudnya keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima atau Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin).
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MRSM atau sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03- 2613 4529.