- 30.0Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Bagi meringankan kos sara hidup dan juga beban rakyat berpendapatan rendah, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Mereka yang layak menerima BKM ialah :
- Isi Rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Bujang
Syarat Kelayakan
Syarat khusus bagi golongan ini boleh dilihat seperti berikut:
Permohonan BKM dan Kemaskini Permohonan BKM dan kemas kini telah ditutup pada 31 Januari 2022. Namun begitu, data penerima bantuan terdahulu seperti BPR, BPN dan GKP digunakan dalam BKM.
Anda boleh menyemak status permohonan anda di pautan:
https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Semakan BKM Melalui MYBKM
Semakan status juga boleh dibuat melalui MYBKM. Tekan di sini.
– Tekan Log Masuk BKM
– Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
– Tekan Ya jika kata kuci keselamatan ada betul
– Masukkan password/kata laluan anda
– Tekan Menu Semakan Status
– Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada Terima/ Tiada Dalam Rekod/ Lulus atau tidak akan dipaparkan.
– Di bahagian Maklumat Pembayaran ialah Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima.
Amaun Bayaran BKM
Bayaran akan dibuat mengikut jadual berikut:
Terdapat bayaran tambahan perlu dibuat dan layak untuk kumpulan berikut:
– Tambahan RM500 kepada isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak, atau
– Tambahan RM300 bagi penerima isi rumah berstatus warga emas.
Tarikh Pembayaran BKM 2022
Pembayaran BKM dibuat 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka dibuat pada Mac 2022.
Ini bermakna pembayaran BKM Fasa 1 akan dijadualkan pada Mac 2022.
Kaedah Pembayaran BKM 2022
Kaedah pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 adalah seperti berikut:
Bila tarikh masuk bayaran BKM Fasa 1 ni?
Akan masuk bulan Mac 2022 ini. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Berapa bantuan yang saya akan dapat untuk fasa ini?
Jumlah bantuan untuk fasa ini masih tidak diketahui, kami akan update secara pantas apabila dapat maklumat yang sahih daripada LHDN.