Semakan Kelulusan

 
Semakan status permohonan kelulusan BKM boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my.

Wakil BKM

 

Bagi anda yang tidak dapat pergi ke BSN untuk membuat tuntutan, pastikan anda telah mengisi borang maklumat wakil di laman web BKM 2022.

Apakah tujuan maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022?

Tujuan pengisian maklumat waris adalah seperti berikut

– Waris bagi tuntutan Skim Khairat – Kematian (SKK) jika pemohon / pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
– Wakil bagi penunaian BKM 2022.
Siapakah wakil yang layak didaftarkan semasa Permohonan BKM 2022?
Wakil yang layak didaftarkan semasa pemohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
– Pasangan
– Ibu
– Bapa
– Anak
– Anak Kandung
– Anak Tiri
– Anak Angkat
– Adik-Beradik
– Cucu
Siapakah wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau
tuntutan SKK BKM 2022?

Wakil yang layak adalah:

1) Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022
2) Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.

Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi wakil rakyat?

Tiada had umur untuk kelayakan seseorang menjadi wakil penerima BKM 2022.

Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak?
berdaftar sebagai wakil?

Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi
wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan
/ anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.

Kadar Bayaran

Berapakah jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut