Semakan Bantuan RM700 Baucar Perlindungan Tenang

Bagi golongan B40, keselamatan sosial merupakan benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup. Kebelakangan ini wabak COVID-19 telah membuktikan bahawa pentingnya keselamatan sossial bagi golongan berpendapatan rendah.

Oleh itu, kerajaan telah memberi peruntukan subsidi perlindungan insurans/ takaful dalam usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40. Ini adalah antara langkah awal untuk menambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022.

Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif Program Baucar Perlindungan Tenang ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta.

Baca juga:

Semakan Bantuan RM700 Baucar Perlindungan Tenang 1

Kelebihan Perlindungan Tenang:


Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk:

  • Melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀
  • Membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.
  • Pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium.
  • Sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu.
  • Sumbangan tidak melebihi RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Syarat Kelayakan:


Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah penerima BPR.
  2. Satu baucar hanya untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja.
  3. Pulangan tunai adalah tidak dibenarkan.
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil yang baru sahaja.

Tarikh Semakan:


Semakan boleh dibuat bermula 30 September 2021.

Kaedah Semakan:


Berikut merupakan kaedah untuk membuat semakan Status Baucar Perlindungan Tenang:

  • Secara manual: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful.
  • Secara atas talian: Melalui laman web www.myPTV.my.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.myptv.my dan www.mycoverage.my atau hubungi talian Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03-77239333.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3