Home » Bantuan » Semakan Bantuan Pemandu Teksi & Pemandu Pelancong Mulai 2 April – MOF

Semakan Bantuan Pemandu Teksi & Pemandu Pelancong Mulai 2 April – MOF

Semakan bantuan pemandu teksi dan pemandu pelancong secara one-off rm600 akan diberkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mereka.

Kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

Bantuan pemandu teksi

Sejajar dengan hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.

Selaras dengan komitmen Kerajaan yang prihatin, bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai 2 April 2020.

Bantuan KepadaJumlah Bantuan
Pemandu Teksi & Pelancongone-off RM600

Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah untuk memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Semakan Bantuan Pemandu Teksi & Pelancong

Pada masa yang sama, semakan dan kemaskini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat pada 2 April 2020 melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu di 👉 www.treasury.gov.my

Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Video Cara Buat Semakan

Laporan ni dirujuk melalui telegram rasmi MOF.

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Semakan Bantuan Pemandu Teksi & Pemandu Pelancong Mulai 2 April – MOF” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!