Semakan Baki Touch n GO
Touch ‘n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.
SEMAKAN STATUS BAKI
Semakan baki Touch ‘n Go anda secara online melalui portal https://www.touchngo.com.my
- Anda hanya perlu melayari portal Touch ‘n Go di sini: https://www.touchngo.com.my
- Pastikan anda telah mendaftar kad fizikal & identiti anda untuk login
- Sila isikan Card/Device Serial No
- Boleh pilih Nationality anda (Malaysia)
- Sila taipkan Identification No anda.( rujuk pada kad)
- Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk terus.
- Anda boleh menyemak baki dan sejarah transaksi yang pernah dibuat oleh anda sebelum ini.
SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO DENGAN LOGIN E-WALLET
Selain memeriksa baki Touch ‘n Go melalui laman web, anda juga boleh memuat turun e-wallet Touch di:
- AppStore
- PlayStore
eWallet atau dompet digital ini juga berfungsi sebagai kad digital atau dompet elektronik menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.
- Sila login dengan aplikasi.
- Boleh masukkan nombor siri yang tertera di kad TNG untuk mendaftar.
- Nombor siri kad boleh didapati di belakang kad TNG anda.
- Anda hanya perlu sync kad fizikal anda dengan aplikasi di telefon pintar anda sahaja.
- Anda boleh memeriksa baki Touch ‘n Go & sejarah transaksi anda di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
SEMAK KAD TOUCH N GO BILA TAMAT TEMPOH
- Setiap kad Touch ‘n Go mempunyai tempoh jangka hayat sehingga 10 tahun.
- Tarikh luput kad Touch ‘n Go boleh didapati di belakang kad anda.
- Sekiranya kad tidak digunakan dalam masa setahun, kad anda akan dinyahaktifkan.
CARA BUAT BAYAR GUNA TOUCH ‘N GO EWALLET
Apabila anda telah mendaftar & memuat turun e-wallet Touch ‘n Go, anda boleh menggunakan e-wallet Touch ‘n Go untuk sebarang pembayaran pembelian. Boleh lihat langkah untuk menggunakan e-wallet Touch ‘n Go:
- Sila buat pendaftaran dan log masuk ke aplikasi Touch ‘n Go.
- Kemudian, buka aplikasi dan klik ikon “Pay”
- Kod QR akan dipaparkan.
- Peniaga akan imbas kod QR yang terpapar di skrin anda.
- Peniaga akan membekalkan kod QR kepada anda jika mereka menerima kaedah pembayaran ini.
- Boleh buat pengimbasan
- Sila masukkan jumlah wang yang anda perlu dibayar.
- Sila isikan PIN 6 digit untuk meneruskan pembayaran anda.
- Ambil resit selepas anda membuat pembayaran